Teks Ucapan Sempena Majlis Berbuka Puasa R.S Mahkota Melaka Malasyia Bersma Anak-anak Ytim Panti Asuhan Yatim Putri Aisyiyah Disampaikan oleh Ms. Quek CY ( Executive, Marketing)
Tanggal, 14 Augstus 2011, Yogyakarta.
Salam Sejahtera.
Terima kasih saudara pengerusi majlis
Yang berbahagian...
Tamu-tamu terhormat.
Yang diraikan anak-ank pada petang ini dan seterusnya hadirin dan hadirat yang saya hormati sekalian.
Terlebih dahulu kita sama-sama menyatakan setinggi-tinggi kesyukuran kepada Tuhan kerana lumpah kurnia-Nya kita dapat berkumpul di dalam satu majlis bakti sosial anjuran R.S Mahkota Melaka Malaysia iaitu majlis berbuka puasa bersama anak-anak yatim sempena bulan ramadhan ini. Bagi pihak seluruh warga R.S Mahkota Melaka Malaysia, saya ingin mengucapkan terima kasih atas kesudian Persatuan Islam Tionghoa Indonesia (PITI) yang sudi bekerjasama menjayakan majlis pada petang ini.
Bapak-bapak, ibu-ibuk dan anak-anak sekalian.
Seperti yang sedia maklum, bulan ramadhan adalah bulan yang penuh keberkatan. Maka, sempena bulan ramadhan ini, pihak R.S Mahkota Melaka Malaysia mengambil inisiatif mengadakan majlis ini. R.S Mahkota Melaka Malaysia mengadakan majlis bakti sosial seumpana ini sepanjang bulan ramadhan ini di Aceh, Padang, Pekanbaru, Jakarta Utara, Jakarta Selatan, Bandung, Surabaya, Batam, Semarang dan Jambi di mana kota-kota ini kami punyai kantor perwakilan dan informasi yang membantu kebutuhan keberangkatan pasien berobat ke R.S Mahkota Melaka Malasyia.
Bapak-bapak, ibuk-ibuk dan anak-anak sekalian.
Usaha ini sekalian memantapkan lagi hubungan antara R.S Mahkota Melaka Malaysia sama masyarakat kota Jogjakarta. Usaha begini, juga menunjukkan bahawa hubungan antara R.S Mahkota Melaka Malaysia dan masyarakat kota Jogjakarta tidak terbatas hanya aktiviti seminar sahaja tetapi boleh meliputi pelbagai aktiviti yang berbentuk kemasyarakatan.
R.S Mahkota sebagai sebuah rumah sakit yang terulung di Melaka Malaysia buka sahaja mempunyai tanggungjawab dan kewajiban mengobati dan merawat pasien malahan juga berperanan penting dalam aktiviti bersifat kemasyarakatan di kawasan persekitarannya. Tujuan utama majlis pada petang ini diadakan adalah, pertanmanya pihak R.S Mahkota Melaka Malaysia berhajat untuk menyampaikan sedikit sumbangan kepada golongan yang kurang bernasib baik iaitu anak-anak yatim di panti asuhan ini. Diharapkan sumbangan dan bantuan yang tidak seberapa ini dapat dimanfaatkan oleh anak-anak semua. Kedua adalah untuk memberi peluang kepada ktia untuk beramah mesra.
Bapak, ibuk-ibuk dan anak-anak sekalian.
Dengan ini, saya mengambil peluang ini mengucapkan selamat meneruskan ibadah puasa dengan azam dan tekad untuk menjadikan yang terbaik mungkin. Diharapkan kita semua dapat meningkatkan lagi amalan dan memohon doa agar berkat latihan yang kita lalui dapat menjadikan kita manusia yang lebih baik lagi. Mudah-mudahan.
Saya juga berharap ia dapat mementapkan lagi hubungan sesama kita dan bekerjasama memakmurkan bumi ini dengan keikhlasan. Majlis seperti ini merupakan salah satu amalan yang baik disarankan oleh agama tidak mengira apa jua agamanya.
Saya tidak bercadang untuk berucap panjang memandangkan kita mempunyai acara seterusnya. Saya mewakili R.S Mahkota Melaka Malaysia mengucapkan terima kasih yang setinggi-tingginya kepada semua pihak yang menjayakan majlis ini. Akhir kata kepada semua yang hadir pada malam ini dan juga seluruh masyarakat muslim di kota Jogjakarta ini, Selamat meneruskan Ibadah Puasa dan Selamat Menyambut hari Raya Aidil Fitri yang jelang tiba.
Sungai Disusur Sehari-hari,
Dalam Gelap Menangkap ikan,
Mari Menyusun Sepuluh Jari,
Salah dan Silap Harap Dimaafkan
Sekian, terimakasih
Tidak ada komentar:
Posting Komentar